KEMPEN “RIANG RIA CUTI SEKOLAH LPT2” TERMA DAN SYARAT
Penganjur
Penganjur Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” ini adalah Projek Lebuhraya Usahasama Berhad beralamat di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“PLUS Berhad” atau “Penganjur”).
2.Tempoh
Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” ini akan berlaku pada 13 September sehingga 19 September 2025, (“Tempoh Kempen”) dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan tempoh Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2 April 2025” tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
3.Kelayakan
Kempen ini terbuka kepada semua pengguna lebuhraya PLUS.
Bukan ahli PLUSMiles perlu mendaftar sebagai ahli PLUSMiles sebelum/pada 26 Sept 2025.
4.Cara mendapatkan 500 Mata Ganjaran & 800 Mata Ganjaran PLUSMiles
Syarat |
Ahli PLUSMiles Sedia Ada |
Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum/pada 7 May 2025 |
Jumlah Transaksi Tol untuk Touch ‘N Go Kad dan/atau RFID |
Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM20.00 |
sebelum/pada 26 Sept 2025. |
Jumlah Mata Ganjaran |
500 Mata Ganjaran ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen |
800 mata ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen |
5. Liabiliti dan Tanggungjawab
Pelanggan haruslah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti penuh terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, prosiding, kos dan perbelanjaan yang mungkin dihadapi oleh pihak Penganjur berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan pelanggan dalam Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” ini (termasuk dan tidak terhad kepada kejadian tidak dijangka, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) kerana menyertai Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2”, penebusan dan/atau penggunaan mata ganjaran tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, peristiwa, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang tidak diduga (termasuk kematian) dalam apa jua situasi.
Pihak Penganjur, pegawai, pekerja dan/atau wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ganti rugi, sama ada secara tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian jangkaan, kerugian pendapatan, ganti rugi teladan berkenaan yang dialami oleh pelanggan yang menyertai Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” ini atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh pelanggan berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan dalam Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” ini disebabkan oleh apa cara sekalipun, termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan (server) atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan/atau laman web atau sebarang situasi di luar kawalan pihak Penganjur.
Para pelanggan juga bersetuju bahawa pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kecederaan kepada pelanggan dan/atau kerosakan komputer pelanggan dan/atau mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web PLUSMiles dan berkaitan dengan Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2”, penghantaran/muat naik informasi untuk Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2”, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana- mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima penyertaan kerana ketidakcekapan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan/atau rangkaian telekomunikasi yang digunapakai oleh pelanggan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau telekomunikasi yang tepat pada masanya dan/atau cekap.
6. Hak Penganjur
Soalan Lazim / Frequently Asked Questions
No |
Soalan / Question |
Jawapan / Answer |
1 |
Bilakah Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” ini bermula?
When does this “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” Campaign begin? |
Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” ini bermula pada 13 sehingga 19 September 2025.
This “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” Campaign begins on 13th until 191th Sept 2025. |
2 |
Apakah syarat-syarat kelayakan Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” ini?
What are the eligibility requirements for this “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” Campaign? |
Ahli PLUSMiles yang telah belanja kurang daripada RM20 pada bulan September 2025.
PLUSMiles members that has spent less than RM20 in September 2025. |
3 |
Bagaimanakah cara untuk menyertai Kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” ini?
How do I participate in this “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” Campaign? |
Langkah untuk menyertai kempen “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2”: Ahli PLUSMiles sedia ada
Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum atau pada 7 May 2025.
Steps to join the “Riang Ria Cuti Sekolah LPT2” campaign: Existing PLUSMiles members
Days. |
4 |
Bagaimana saya boleh dapatkan 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?
How do I get the 500 PLUSMiles Points? |
customers’ account within four (4) weeks after the Campaign Period ended. |
5 |
Bagaimana saya boleh dapatkan 800 Mata Ganjaran PLUSMiles?
How do I get the 800 PLUSMiles Points? |
customers’ account within four (4) weeks after the Campaign Period ended. |
6 |
Apakah saya boleh lakukan dengan dengan Mata Ganjaran PLUSMiles bonus?
What can I redeem with bonus PLUSMiles Points? |
Anda boleh menebus Mata Ganjaran PLUSMiles dengan memuat turun Aplikasi PLUS di Apple Store atau Google Play Store dan memilih jenis- jenis produk penebusan yang sedia ada di portal PLUSMiles
You can redeem PLUSMiles Points by downloading the PLUS App on the Apple Store or Google Play Store and refer to types of redemption products available in PLUSMiles Portal |
7 |
Adakah terdapat tarikh luput untuk Mata Ganjaran PLUSMiles saya?
Is there any expiry date for my PLUSMiles Points? |
Mata Ganjaran PLUSMiles anda akan sah selama enam (6) bulan. Sebagai contoh, mata yang diperoleh pada April 2024 akan luput tarikh pada 31 Oktober 2024.
Your PLUSMiles Points is valid for a period of six (6) months and the expiry is based on first in-first out on a monthly basis. For example, points earned in April 2024 will expire on 31st October 2024. |
8 |
Jika saya ialah ahli PLUSMiles sedia ada dan guna lebih daripada RM15.00 tansaksi tol (TnG Kad dan/atau RFiD), adakah saya akan dapat lebih daripada 500 Mata Ganjaran PLUSMiles?
If I am an existing PLUSMiles Member and pay more than RM15.00 toll transaction (TnG Card /RFiD), will I receive more than 500 PLUSMiles Points? |
Tidak, had penerimaan Mata Ganjaran PLUSMiles adalah sebanyak 500 Mata Ganjaran PLUSMiles sahaja berdasarkan bayaran transaksi tol (TnG Kad dan/atau RFiD) minima RM20.00 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya PLUS Berhad sepanjang Tempoh Kempen
No, you are entitled to earn 500 PLUSMiles Points only for paying minimum of RM20.00 toll charges/amount (For TnG Card and/or RFiD usage) at any PLUS Berhad toll plazas during the Campaign Period |
9 |
Jika saya ialah Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum/pada 26 Sept 2024 guna lebih daripada RM20.00, |
Tidak, had penerimaan Mata Ganjaran PLUSMiles adalah sebanyak 800 Mata Ganjaran PLUSMiles sahaja berdasarkan bayaran transaksi tol (TnG Kad dan/atau RFiD) minima RM20.00 di mana-mana Plaza Tol Lebuhraya PLUS Berhad sepanjang Tempoh Kempen |
|
adakah saya akan dapat lebih daripada 800 Mata Ganjaran PLUSMiles?
If I pay more than RM20.00 tol transaction (TnG Card /RFiD), will I receive more than 800 PLUSMiles Points? |
No, you are entitled to earn 800 PLUSMiles Points only for paying minimum of RM20.00 toll charges/amount (For TnG Card and/or RFiD usage) at any PLUS Berhad toll plazas during the Campaign Period |